Monday, July 1, 2013

Pengalaman Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum, alhamdulillah saya sekeluarga telah selamat kembali ke tanah air pada 29 Jun 2013 yang lepas. Penerbangan dari Jeddah Airport ke KLIA mengambil masa lebih kurang 8 jam. Dalam flight balik hari tu, memang berhibernasi je lah. Okey, over pulak kalau guna perkataan hibernasi. Aku tidur dalam kapal terbang berjam-jam! Almaklumlah, kepenatan ye dak? Hee. Kat Jeddah Airport dari pertengahan pagi hingga pukul 8.20 mlm (waktu Jeddah) 28 Jun. Flight MH 151 berlepas pada pukul 8.20 mlm lebih kurang. Dalam flight, kalau tak makan, tidur. Tyme landing sampai KLIA kan, tak rasa ape ape gegaran pun dalam flight! Smooth gila landing! Hebat lah pilot tu. Aku boleh nyenyak tidur macam bayi lagi tyme tu hehe. Sepatutunye dalam perenggan 1, cte pasal pendahuluan. Aku ni dah terbalk daaa. Cerita pasal penghabisan lak hohoho.

Okay, so pada 10 pg (lebih kurang) 17 Jun 2013, seusai menunaikan solat sunat duha dan solat sunat musafir berjemaah, kami sekeluarga (Ayah, Ibu, siblings) bertolak ke KLIA menggunakan kereta exora sebagai kereta berisi 8 bagasi besar dan beberapa barang lain dan juga memuatkan beberapa orang di dalam kereta itu. Nenek kami juga ikut. Dalam kereta lagi satu, memuatkan beberapa orang dan beberapa barang. Sesampai KLIA, terpancak muka saudara-saudara kami. Merekalah yang mengambil alih kereta kami semasa kami di Makkah dan Madinah. Alhamdulillah. Beberapa tapak setelah pintu automatik KLIA itu bukak, terpacak muka saudara-saudara kami yang lain. Trimas sebab sudi datang :) Pastu, kitorang jumpe rakan-rakan umrah kami yang mengikuti agensi umrah yang sama.


Setibanya kami di Jeddah, beberapa ketika selepas tiba di situ, kami menaiki bas ke Madinah. Setibanya di Madinah, kami check in di hotel Fyrouz Group tak silap. Hotel itu memang hotel untuk orang Malaysia dan orang Indonesia. Makan kat situ pun makanan negara masing-masing. Besar biliknya. Kami duduk di bilik bersebelahan antara satu sama lain di tingkat 3. Memang luas biliknya! Best2. Di Madinah, sempat aku menjamah kebab. Hotel kami terletak sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Beberapa meter sahaja. Berjalan kaki kejap je sampai. Berlari lagi lah kejap. Kalau keluar daripada hotel tu untuk ke Masjid Nabawi, hanya beberapa tapak yang perlu kami lalui. Terdapat banyak penjual di depan Masjid Nabawi termasuklah yang menjual jubah2, wakaf Al-Quran, tasbih, inai, cincin, shawl2 dan mcm2 lagi. Tyme berangin, shawl2 berterbangan di sekitar tu. Huhu. Tyme waktu solat, barang2 yang dijual semua ditinggalkan begitu saja. Sebab orang pergi menunaikan solat fardhu dan berserah kepada Allah untuk menjaga barang2 jualan mereka. 

Sungguh cantik dan indah Masjid Nabawi. Semasa ke Raudhah, para wanita perlu melalui beberapa stage untuk sampai ke Raudhah. Kejap berdiri, kejap duduk, banyak tempat duduk ktorang pindah sebab sangat ramai! Selepas lebih kurang 1 jam, barulah kami sekumpulan dapat masuk ke dalam Raudhah. Terdapat makam Rasulullah S.A.W di situ, makan Umar al-Khattab dan Abu Bakar. Tapi, hanya lelaki dapat pergi berdekatan makam-makam tersebut. Dalam Raudhah tu, mak aih! Berpusu-pusu orang dalam tu! Rasa lemas pun ada. Nasib baik beberapa minit selepas lemas sebentar, dapat bernafas seperti biasa kembali dengan izin-Nya. Isteri ketua group kami, membawa aku ke spot2 special di situ dan dapatlah aku menunaikan beberapa belas solat sunat selama 50 minit aku dalam Raudhah. Walaupun sesak sangat, alhamdulillah aku dapat solat sunat juga di situ. Berubah-ubah tempat aku solat. Bermula dari belakang, ke depan sehinggalah ke hadapan sekali. Terima kasih banyak Makcik Maznah sebab bawa aku ke spot2 special kat situ termasuk tiang taubat dan dapat aku menyentuhnya. Dalam Raudhah, mulut ni kena tak putus-putus berdoa. Raudhah merupakan antara tempat mustajab untuk berdoa. Aku berada dalam Raudhah sehingga Raudhah ditutup untuk memberi ruang kepada solat jumaat kot.


Major construction around Kaaba.


Sekejap saja kami di Madinah. Dalam 3 hari atau 2 hari. Aku tak pasti lah. Sebelum meninggalkan Madinah, kami membaca doa ziarah Wida'. Di Madinah, terdapat beberapa tempat yang kami lawati termasuk ladang kurma. Lepas tu, ktorang g Makkah. Perjalan bas kami setelah sampai di Kota Makkah sangat menggerunkan. Sangat sesak! Sampai drebar bas kami naik angin! Oh ye, sebelum ke Makkah, kami mandi sunat ihram dan pergi solat sunat ihram di satu masjid yang aku tak ingat nama dia apa. Niat ihram dalam bas kat tempat tu setelah selesai solat sunat ihram. Setibanya kami di Makkah, check in di hotel kecik 12 tingkat. Hotel ni ada jugak bangsa lain stay cni. Lobinye kecil sungguh. Biliknya pun. Tapi, alhamdulillah boleh lah menginap kat situ. Makanan kat hotel Makkah lagi sedap daripada kat hotel Madinah. Ada ketam, tomyam campur dan banyak lagi lauk sedap! Siap ade pencuci mulut y'alls! Hotel kami terletak agak jauh dari Masjidil Haram. Kami perlu melintas jalan 2 kali, melalui deretan kedai baru sampai di Masjidil Haram. 

Keadaan di Makkah berhabuk sebab major construction yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan dalam Masjidil Haram. Siap nak buat tempat tawaf bertingkat. Kami tau bila nak sampai Masjidil Haram, sebab nampak Menara jam. Tinggi. Okay, di Makkah kami duduk di situ selama seminggu lebih kurang. Memang banyak pengalaman kalau nak cte ni! Kengkadang aku ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu dengan menggunakan surgical mask. Kengkadang pakai purdah tutup satu muka. Aku beli purdah. Memang ada manfaatnya! Mata aku pedih akibat habuk construction dan akibat aircond berlebihan di dalam masjid. Jadi, dengan menggunakan purdah, kuranglah pedihnya. Kuranglah merahnya mata aku. Selepas umrah yang kedua (tak silap), tyme sa'ie, aku terasa 2 ketumbit di mata kananku. Seusai sa'ie dan bercukur, aku beli ubat mata untuk ketumbit di farmasi Nahdi tak silap. Dengan ubat dan doa, alhamdulillah ketumbit aku hilang. 1 ketumbit hilang. 1 lagi masih beradu di mata aku ni tapi dah mengecik lah. Alhamdulillah. Tyme di Makkah, kami ke banyak tempat termasuk Jabal Rahmah, Masjid Hudaibiyah. Di Jeddah sebelum ke Jeddah Airport, sebelum pulang ke tanah air, kami singgah di Laut Merah, setentang dengan Masjid Terapung sambil menikmat bakso.

Malam yang kami sampai Makkah tu, kami mengerjakan umrah kami yang pertama. Malam tu malam Jumaat. Sangat pack tyme tawaf. Kami segroup berapat-rapat badan sebab tak nak berpisah. Tapi ayah dan Capit hilang seketika. Mereka buat Sa'ie on their own. Tup tup lepas Sa'ie, jumpa Capit kat tempat kasut. Abang aku kesakitan kaki seusai sa'ie. Kesian sangat. Alhamdulillah, dia dapat buat Sa'ie yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dengan izin-Nya.




Aku buat beberapa umrah. 3 rasanya. Alhamdulillah syukur sangat. Walaupun pedih mata dan selesema sehari, syukur sangat sebab dapat menunaikan umrah walaupun untuk beberapa kali. Tawaf sunat aku buat dua kali alhamdulillah. First dengan angah. Second dengan siblings and ketua agensi. Mereka dengan senang hati membawa kami tawaf sunat bersama dan membawa kami pergi masuk ke dalam Hijr Ismail dan solat sunat di dalamnya. Selepas solat, kami merapatkan diri kami dengan Kaaba, menyentuhnya, berdoa tidak henti-henti dan menciumnya. Alhamdulillah syukur sangat! Oh ye, kami dapat menikmati keindahan bulan penuh dikala Nisfu Syaaban seraya membaca Yassin. Alhamdulillah. Pada hari terakhir, 28 Jun 2013 bersamaan hari Jumaat. Kami mengerjakan tawaf Wida' dan membaca doa tawaf Wida'. Ramai yang menitiskan air mata seusai membaca doa tawaf Wida'. Ya Allah, aku berhasrat untuk pergi ke Baitullah lagi kelak. Amiiin. 

Saturday, June 15, 2013

Kahwin Awal


Hari ni aku nak cte pasal kahwin. Topik cam gini memang best ek? Haha. Aku cakap straight je ni. Takde nak berselindung2. Aku umo 18. Nak kahwin, memang dah boleh dah. Tapi, lom ada calon dan diri ni pun belum bersedia. Baru 18. Muda sangat. Nak enjoy dulu. Tapi, sekarang ramai kan yang kahwin muda. Tengah blaja pun kahwin. Aku ni bukan macam diorang lah. Dah bersedia fizikal, financial, mental dan rohani. Aku belum lagi. Bagi aku, umur yang ideal untuk kahwin umur 25. Kalau aku lah, kalau fikir2, aku habis degree (insyaAllah aku amek) tyme umo 24. So, 25 tu kira dah abes belajar lah. Bagi yang kahwin tyme belajar tu kan, aku nak ucap tahniah lah sebab dah bersedia awal dan pandai manage masa studies, marriage dan anak2.

Ramai gak yang expect aku akan kahwin awal. Awal daripada adik-beradik aku yang lain. Tapi entahlah. Aku malas nak fikir. Berangan pun tak guna. Cuma selalu doa lah supaya dijodohkan dengan lelaki yang baik, penyabar, terima dan sayang kita seadanya, beriman, dan dapat membimbing ke jalan Allah dan memimpin ke syurga kelak, insyaAllah. Untuk mendapat jodoh yang baik, kita mestilah jadi baik dulu. Allah itu Maha Adil. Kalau kita baik, insyaAllah Dia akan beri kita jodoh yang baik jugak. Nak kahwin tyme belajar? Tengok lah finance tu. Dah ready? Kalau ada duit, boleh lah kahwin. Kalau pinjam duit mak bapak, tak yah lah kot. Tunggu lah sampai duit dah cukup baru kahwin, betul tak? Tengok jugak iman. Iman tu cukup tak untuk membimbing isteri? Membimbing anak-anak? Banyak benda yang kita perlu siapkan diri kita sebelum berkahwin ni. Bukan senang tau. Mencintai seseorang tanpa niat untuk menikahinya, hukumnya haram. Betul tak? Aku ada baca tu kat mane tah. Tapi rasanya betul lah. Sebab tu couple haram. Kalau suka/cinta kat seseorang, ajak lah kahwin. Kalau couple je takde makne. Orang boleh je masuk meminang girlfriend kau tu sebab korang takde ikatan langsung. Lainlah kalau pompuan tu tunang kau. Takde sape leh amek dia.

Bagi perempuan, sebelum bergelar isteri orang, macam2 kena buat. Kena belajar masaklah, kena belajar kemas rumah, basuh baju, menjahit, kena pandai berhias untuk suami, kena pandai jaga anak, kena pandai jaga duit, kena pandai jaga hati mentua (mentua ke mertua? Confius aku). Kena pandai handle masalah, kena pandai handle macam-macam situasi lah. Banyaaaak yang perlu kita belajar dan praktikkan sebelum bergelar isteri ni haa. 

Jadi, just nak cakap. Kalau masih belajar, fikir baik2 ape yang baik untuk kita. Kalau dah ready, alhamdulillah boleh teruskan niat untuk berkahwin. Tapi, kalau belum ready, tunggulah. Memang tak salah kahwin awal/muda ni. Banyak baiknya. Cuma itulah, kita tak tau lah jodoh kita tu sampai bila. Lagi, kita kena siapkan diri kita dulu dengan iman. Allah telah menentukan segalanya. Kita hanya perlu berdoa dan berserah kepada-Nya. Semoga kita dijodohkan dengan orang yang baik, penyabar dan beriman. Amiiin.

Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Sunday, May 26, 2013

Best ke berangan?

Hai, salam :)

Kali ni aku nak cakap pasal berangan. Korang kenal Pak Pandir yang suke sangat berangan tu? Haaa jangan ikut dia tau. Berangan ni memang menjadi aktiviti kesukaan ramai. Tapi, ada banyak keburukannya. Antaranya ialah kita boleh kecewa kalau angan-angan kita tak tercapai. Bila kita kecewa, banyak benda yang kita boleh buat. Kita akan stress, dan macam-macam boleh berlaku kalau kita stress. Kebaikannya pulak? Menggembirakan hati. Hati jadi girang bila berangan. Tapi, kejap je lah. Bagi aku, berangan memang best. Tapi, tak yah lah selalu berangan. Nanti kalau tak jadi ape ape, sedih nangis berguling-guling. Hehe :p Aku seorang realis. Bukan negatif. Kalau nak berangan, berangan lah. Tapi jangan sampai diri tu terluka.

Orang cakap kalau banyak berangan, banyak jerawat akan tumbuh. Eh, betul ke? Wallahualam. Takde sape tau. Tapi, kalau takut jerawat tumbuh, baik tak payah berangan. Kan? Kalau berangan, mengambil masa at least sejam. Kengkadang tu sampai 3/4 jam. Betul kaaaan? Kan baik kalau kita buat benda lain tyme tu? Macam tengok movie ke, shopping ke, berbual dalam telefon ke ahaks. Anyway, berangan ni bukanlah aktiviti yang baik sebagai santapan rohani kita. Ingat tu. Bercita-cita tinggi memang bagus. Tapi, berangan tu tak sama ngan cita-cita. Wake up and smell the coffee. Jangan dok berangan je. Make it happen.

p/s : Buah berangan sedap gile weyh! Nyum nyum xD

Saturday, May 11, 2013

3 Quick & Easy Pasta Recipes

Hungry? But too lazy to cook? Can't stand the noises your stomach makes? Worry no more!
Here are some of delicious pastas that are so easy to cook and it only takes a few minutes of your time.
It's super quick because no meat, accessories and oil required. 
These pastas taste like heaven and will make you full too :)

Spaghetti Bolognese

   

-Put a whole pack of spaghetti pasta in a really hot boiled water and let the pasta sit there for 10 minutes. Then, put 2 spoons of margerine into the water. Mix it well. Sprinkles about 3 pinches of salts in there. Stir it. Put the cap on and wait for another 5 minutes to make sure that the pasta is soft enough. Drain it.

-Take 4 cans of bolognese sauce and heat it for 5 minutes. Sprinkles a bit of black pepper. Then, mix the pasta with the sauce and serve!

Fettucine Carbonara


 

-Put a pack of fettucine pasta in a really hot boiled water and let the pasta sit there for 10 minutes. Then, put 2 spoons of margarine into the water. Mix it. Put 4 pinches of salts in there. Stir. Put the cap on. Wait for 5 minutes and drain.

-Heat 3 cans of carbonara sauce for 5 minutes. Sprinkles black pepper. Mix it with the fettucine pasta and bon appetite!

Macaroni and Cheese

        

-Cook the pasta, in this case macaroni in a hot boiled water. 10 minutes later, put 2 spoons of margarine, 2 baby spoons of salts, stir well and put the cap on. This process takes about 15 minutes. Drain.

-Heat 5 cans of cheese sauce for 5 minutes, added with mozarella cheese and whatever cheese you want. Stir them very well until all the cheeses mixed up. Mix the macaroni with the cheese sauce and eat!

Disclaimer : This is my own thoughts, my own ways to cook it, my own favourite ingredients/brands/styles to use. I wasn't sponsored by any one.

Tuesday, May 7, 2013

5 Reasons Why Sarcasm Sucks


I'm one of those people who hates sarcasm. So much. Call me, close-minded, shallow whatever. But, sarcasm is really something that I hate the most. I'm not saying that I can't take sarcasms. I can. But not when it's offensive. Sarcasms should not be more than jokes. They're not supposed to be offensive. They're supposed to be plain funny. Here's 5 reasons that I came up with of why I hate sarcasm so much.

1. It's deadly annoying when it's so advance
2. Emotionally disturbing
3. Another way to offense people
4. A way to boost up someone's anger
5. Hidden dishonesty

Wednesday, May 1, 2013

Barang yang perlu dibawa ke Universiti/Kolej

Today is Labour Day/Hari Pekerja. Even though I'm not working yet and I am not even in school anymore and am a last year's SPM leaver. So, I basically do nothing at home. So, today's holiday is pretty much exactly like the other days for me. Therefore, boredom strikes! So, I decided to google the things that we should bring to university. I have my own list as well, because I'm different like that.

BARANG-BARANG KEPERLUAN

1. Cadar katil dan sarung bantal (bawak dua jenis/style cadar dan sarung bantal sebagai gantian)
2. Bantal
3. Selimut (bawak dua supaya satu boleh dijadikan gantian)
4. Tuala mandi (bawak dua jugak)
5. Berus gigi (bawak belambak sebab kita selalu tukar berus gigi. At least I am)
6. Ubat gigi (bawak yang ada agen pemutih dan bawak dua. Kalau habis, beli lah lagi, duhh)
7. Pencuci muka
8. Losyen badan (better yang ada SPF)
9. Sunblock
10. Aloe Vera gel (untuk night treatment dan untuk hilangkan jerawat dan sunburn)
11. Sabun liquid (seelok-eloknya gunalah yang ada germ protection spt Lifebuoy. Wangi pulak tu)
12. Cover berus gigi (kalau tak tutup, nanti takut-takut ada member terpakai berus gigi kita dan untuk protect daripada kena bakteria)
13. Sabun basuh baju (beli lah yang biasa dan jenis pewangi) dan berus baju.
14. Deodorant (seelok-eloknya yang ade agen pemutih dan anti-peluh, elok lagi beli yang spray on)
15. Sikat rambut (bawak dua, tiga atau empat sebab takut hilang)
16. Mouthwash dan floss.
17. Minyak gamat.
18. Losyen mustajab (untuk redakan senggugut)
19. Ubat-ubat khas (bagi yang sakit dan perlu mengambil ubat)
20. Bedak talkum (untuk muka dan badan. Lagi bagus kalau yang ada SPF)
21. Makeup (bedak kompak, blusher, lip gloss, lip balm, lip stain/tint, eyeshadow neutral, mascara, eyeliner, concealer, foundation, bb cream, loose powder, kabuki brush, blush brush, eyeshadow brush, eyelash curler)
22. Makeup removal wipes/liquid.
23. Shampoo dan conditioner.
24. Minyak zaitun dan baby oil (untuk hilangkan makeup kat mata/tumit yang merekah)
25. Vaseline.
26. Tuala kecil
27. Pengetip kuku (ni pun bawak lebih daripada dua. Takut-takut hilang)
28. Baldi. (besar dan kecil)
29. Shower basket (portable dan convenient)
30. Kasut (formal, sneakers, loafers, sport shoes, 2-inch heels, wedges, high heels, flats etc)
31. Selipar tandas. (Beli 3/4 sebab benda ni kena selalu tukar. Germs!)
32. Selipar (untuk jalan-jalan)
33. Mug, gelas plastik, sudu, garfu, pinggan plastik, mangkuk plastik
34. Sabun pencuci pinggan dan sponge
35. Iron (kalau dibenarkan)
36. Sejadah dan telekung (bawak 2/3)
37. Penyapu dan penyodok. (bagi yang mementingkan kebersihan)
38. Bakul sampah kecil dan plastik sampah
39. Hangers yang belambak dan pengepit baju
40. Jam loceng (boleh guna henfon ada alarm clock jugak)
41. Botol air. (bawak 3/4)
42. Al-Quran dan Yassin (berterjamahan lagi bagus)
43. Makanan dikala lapar (roti/biskut etc)
44. Alat-alat tulis (pen biru, hitam, merah, warna-warni, pemadam, pensel, marker, gunting, gam etc)
45. Kertas A4 dan text pad
46. Laptop (kalau yang ada)
47. Pendrive
48. Earphone
49. Handphone dan charger
50. Cermin
51. Baju-baju kurung
52. T-shirt lengan pendek dan panjang
53. Baju tidur
54. Baju dan seluar sukan
55. Baju basahan
56. Seluar jeans dan slack
57. Kain batik sarung (bawak lebih daripada 4)
58. Cardigan/sweater
59. Stokin (banyak)
60. Tudung yang belambak dan pin tudung
61. Beg (beg baju duhh, bekas pensel, beg ke kuliah, beg tangan, sling bag, beg telekung etc)
62. I/C, duit, gamba berukuran passport, x-ray/medical checkups, kad bank, salinan fotostat i/c dan surat beranak dan salinan keputusan spm dan segala borang yang diminta
63. Spect mata dan bekas spect mata (bagi yang rabun)
64. Pelembab muka (bagi yang mmpunyai kulit kering)
65. Hand Sanitizer (bg yg tak suka kuman, bawak lebih daripada 4)
66. Fabreeze (pembunuh kuman kat tilam, beli 3 at least)
67. Tisu mini (4 pek)
68. Pads and all girl stuffs


Banyak kan? You don't have to bring all these at one go. You are most recommended to buy some things from time to time when you're already in the university. Yes these are all the needs. I am kind of OCD, so this list is a bit longer than usual. Ada apa-apa lagi barang yang perlu dibawa ke universiti yang tidak saya senaraikan? Silalah comment di tmpt comment kat bawah tu. Hopefully this is helpful :)