Saturday, June 15, 2013

Kahwin Awal


Hari ni aku nak cte pasal kahwin. Topik cam gini memang best ek? Haha. Aku cakap straight je ni. Takde nak berselindung2. Aku umo 18. Nak kahwin, memang dah boleh dah. Tapi, lom ada calon dan diri ni pun belum bersedia. Baru 18. Muda sangat. Nak enjoy dulu. Tapi, sekarang ramai kan yang kahwin muda. Tengah blaja pun kahwin. Aku ni bukan macam diorang lah. Dah bersedia fizikal, financial, mental dan rohani. Aku belum lagi. Bagi aku, umur yang ideal untuk kahwin umur 25. Kalau aku lah, kalau fikir2, aku habis degree (insyaAllah aku amek) tyme umo 24. So, 25 tu kira dah abes belajar lah. Bagi yang kahwin tyme belajar tu kan, aku nak ucap tahniah lah sebab dah bersedia awal dan pandai manage masa studies, marriage dan anak2.

Ramai gak yang expect aku akan kahwin awal. Awal daripada adik-beradik aku yang lain. Tapi entahlah. Aku malas nak fikir. Berangan pun tak guna. Cuma selalu doa lah supaya dijodohkan dengan lelaki yang baik, penyabar, terima dan sayang kita seadanya, beriman, dan dapat membimbing ke jalan Allah dan memimpin ke syurga kelak, insyaAllah. Untuk mendapat jodoh yang baik, kita mestilah jadi baik dulu. Allah itu Maha Adil. Kalau kita baik, insyaAllah Dia akan beri kita jodoh yang baik jugak. Nak kahwin tyme belajar? Tengok lah finance tu. Dah ready? Kalau ada duit, boleh lah kahwin. Kalau pinjam duit mak bapak, tak yah lah kot. Tunggu lah sampai duit dah cukup baru kahwin, betul tak? Tengok jugak iman. Iman tu cukup tak untuk membimbing isteri? Membimbing anak-anak? Banyak benda yang kita perlu siapkan diri kita sebelum berkahwin ni. Bukan senang tau. Mencintai seseorang tanpa niat untuk menikahinya, hukumnya haram. Betul tak? Aku ada baca tu kat mane tah. Tapi rasanya betul lah. Sebab tu couple haram. Kalau suka/cinta kat seseorang, ajak lah kahwin. Kalau couple je takde makne. Orang boleh je masuk meminang girlfriend kau tu sebab korang takde ikatan langsung. Lainlah kalau pompuan tu tunang kau. Takde sape leh amek dia.

Bagi perempuan, sebelum bergelar isteri orang, macam2 kena buat. Kena belajar masaklah, kena belajar kemas rumah, basuh baju, menjahit, kena pandai berhias untuk suami, kena pandai jaga anak, kena pandai jaga duit, kena pandai jaga hati mentua (mentua ke mertua? Confius aku). Kena pandai handle masalah, kena pandai handle macam-macam situasi lah. Banyaaaak yang perlu kita belajar dan praktikkan sebelum bergelar isteri ni haa. 

Jadi, just nak cakap. Kalau masih belajar, fikir baik2 ape yang baik untuk kita. Kalau dah ready, alhamdulillah boleh teruskan niat untuk berkahwin. Tapi, kalau belum ready, tunggulah. Memang tak salah kahwin awal/muda ni. Banyak baiknya. Cuma itulah, kita tak tau lah jodoh kita tu sampai bila. Lagi, kita kena siapkan diri kita dulu dengan iman. Allah telah menentukan segalanya. Kita hanya perlu berdoa dan berserah kepada-Nya. Semoga kita dijodohkan dengan orang yang baik, penyabar dan beriman. Amiiin.

Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta, maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.