Hai, salam :)
Kali ni aku nak cakap pasal berangan. Korang kenal Pak Pandir yang suke sangat berangan tu? Haaa jangan ikut dia tau. Berangan ni memang menjadi aktiviti kesukaan ramai. Tapi, ada banyak keburukannya. Antaranya ialah kita boleh kecewa kalau angan-angan kita tak tercapai. Bila kita kecewa, banyak benda yang kita boleh buat. Kita akan stress, dan macam-macam boleh berlaku kalau kita stress. Kebaikannya pulak? Menggembirakan hati. Hati jadi girang bila berangan. Tapi, kejap je lah. Bagi aku, berangan memang best. Tapi, tak yah lah selalu berangan. Nanti kalau tak jadi ape ape, sedih nangis berguling-guling. Hehe :p Aku seorang realis. Bukan negatif. Kalau nak berangan, berangan lah. Tapi jangan sampai diri tu terluka.
Orang cakap kalau banyak berangan, banyak jerawat akan tumbuh. Eh, betul ke? Wallahualam. Takde sape tau. Tapi, kalau takut jerawat tumbuh, baik tak payah berangan. Kan? Kalau berangan, mengambil masa at least sejam. Kengkadang tu sampai 3/4 jam. Betul kaaaan? Kan baik kalau kita buat benda lain tyme tu? Macam tengok movie ke, shopping ke, berbual dalam telefon ke ahaks. Anyway, berangan ni bukanlah aktiviti yang baik sebagai santapan rohani kita. Ingat tu. Bercita-cita tinggi memang bagus. Tapi, berangan tu tak sama ngan cita-cita. Wake up and smell the coffee. Jangan dok berangan je. Make it happen.
p/s : Buah berangan sedap gile weyh! Nyum nyum xD