Monday, July 1, 2013

Pengalaman Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum, alhamdulillah saya sekeluarga telah selamat kembali ke tanah air pada 29 Jun 2013 yang lepas. Penerbangan dari Jeddah Airport ke KLIA mengambil masa lebih kurang 8 jam. Dalam flight balik hari tu, memang berhibernasi je lah. Okey, over pulak kalau guna perkataan hibernasi. Aku tidur dalam kapal terbang berjam-jam! Almaklumlah, kepenatan ye dak? Hee. Kat Jeddah Airport dari pertengahan pagi hingga pukul 8.20 mlm (waktu Jeddah) 28 Jun. Flight MH 151 berlepas pada pukul 8.20 mlm lebih kurang. Dalam flight, kalau tak makan, tidur. Tyme landing sampai KLIA kan, tak rasa ape ape gegaran pun dalam flight! Smooth gila landing! Hebat lah pilot tu. Aku boleh nyenyak tidur macam bayi lagi tyme tu hehe. Sepatutunye dalam perenggan 1, cte pasal pendahuluan. Aku ni dah terbalk daaa. Cerita pasal penghabisan lak hohoho.

Okay, so pada 10 pg (lebih kurang) 17 Jun 2013, seusai menunaikan solat sunat duha dan solat sunat musafir berjemaah, kami sekeluarga (Ayah, Ibu, siblings) bertolak ke KLIA menggunakan kereta exora sebagai kereta berisi 8 bagasi besar dan beberapa barang lain dan juga memuatkan beberapa orang di dalam kereta itu. Nenek kami juga ikut. Dalam kereta lagi satu, memuatkan beberapa orang dan beberapa barang. Sesampai KLIA, terpancak muka saudara-saudara kami. Merekalah yang mengambil alih kereta kami semasa kami di Makkah dan Madinah. Alhamdulillah. Beberapa tapak setelah pintu automatik KLIA itu bukak, terpacak muka saudara-saudara kami yang lain. Trimas sebab sudi datang :) Pastu, kitorang jumpe rakan-rakan umrah kami yang mengikuti agensi umrah yang sama.


Setibanya kami di Jeddah, beberapa ketika selepas tiba di situ, kami menaiki bas ke Madinah. Setibanya di Madinah, kami check in di hotel Fyrouz Group tak silap. Hotel itu memang hotel untuk orang Malaysia dan orang Indonesia. Makan kat situ pun makanan negara masing-masing. Besar biliknya. Kami duduk di bilik bersebelahan antara satu sama lain di tingkat 3. Memang luas biliknya! Best2. Di Madinah, sempat aku menjamah kebab. Hotel kami terletak sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Beberapa meter sahaja. Berjalan kaki kejap je sampai. Berlari lagi lah kejap. Kalau keluar daripada hotel tu untuk ke Masjid Nabawi, hanya beberapa tapak yang perlu kami lalui. Terdapat banyak penjual di depan Masjid Nabawi termasuklah yang menjual jubah2, wakaf Al-Quran, tasbih, inai, cincin, shawl2 dan mcm2 lagi. Tyme berangin, shawl2 berterbangan di sekitar tu. Huhu. Tyme waktu solat, barang2 yang dijual semua ditinggalkan begitu saja. Sebab orang pergi menunaikan solat fardhu dan berserah kepada Allah untuk menjaga barang2 jualan mereka. 

Sungguh cantik dan indah Masjid Nabawi. Semasa ke Raudhah, para wanita perlu melalui beberapa stage untuk sampai ke Raudhah. Kejap berdiri, kejap duduk, banyak tempat duduk ktorang pindah sebab sangat ramai! Selepas lebih kurang 1 jam, barulah kami sekumpulan dapat masuk ke dalam Raudhah. Terdapat makam Rasulullah S.A.W di situ, makan Umar al-Khattab dan Abu Bakar. Tapi, hanya lelaki dapat pergi berdekatan makam-makam tersebut. Dalam Raudhah tu, mak aih! Berpusu-pusu orang dalam tu! Rasa lemas pun ada. Nasib baik beberapa minit selepas lemas sebentar, dapat bernafas seperti biasa kembali dengan izin-Nya. Isteri ketua group kami, membawa aku ke spot2 special di situ dan dapatlah aku menunaikan beberapa belas solat sunat selama 50 minit aku dalam Raudhah. Walaupun sesak sangat, alhamdulillah aku dapat solat sunat juga di situ. Berubah-ubah tempat aku solat. Bermula dari belakang, ke depan sehinggalah ke hadapan sekali. Terima kasih banyak Makcik Maznah sebab bawa aku ke spot2 special kat situ termasuk tiang taubat dan dapat aku menyentuhnya. Dalam Raudhah, mulut ni kena tak putus-putus berdoa. Raudhah merupakan antara tempat mustajab untuk berdoa. Aku berada dalam Raudhah sehingga Raudhah ditutup untuk memberi ruang kepada solat jumaat kot.


Major construction around Kaaba.


Sekejap saja kami di Madinah. Dalam 3 hari atau 2 hari. Aku tak pasti lah. Sebelum meninggalkan Madinah, kami membaca doa ziarah Wida'. Di Madinah, terdapat beberapa tempat yang kami lawati termasuk ladang kurma. Lepas tu, ktorang g Makkah. Perjalan bas kami setelah sampai di Kota Makkah sangat menggerunkan. Sangat sesak! Sampai drebar bas kami naik angin! Oh ye, sebelum ke Makkah, kami mandi sunat ihram dan pergi solat sunat ihram di satu masjid yang aku tak ingat nama dia apa. Niat ihram dalam bas kat tempat tu setelah selesai solat sunat ihram. Setibanya kami di Makkah, check in di hotel kecik 12 tingkat. Hotel ni ada jugak bangsa lain stay cni. Lobinye kecil sungguh. Biliknya pun. Tapi, alhamdulillah boleh lah menginap kat situ. Makanan kat hotel Makkah lagi sedap daripada kat hotel Madinah. Ada ketam, tomyam campur dan banyak lagi lauk sedap! Siap ade pencuci mulut y'alls! Hotel kami terletak agak jauh dari Masjidil Haram. Kami perlu melintas jalan 2 kali, melalui deretan kedai baru sampai di Masjidil Haram. 

Keadaan di Makkah berhabuk sebab major construction yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan dalam Masjidil Haram. Siap nak buat tempat tawaf bertingkat. Kami tau bila nak sampai Masjidil Haram, sebab nampak Menara jam. Tinggi. Okay, di Makkah kami duduk di situ selama seminggu lebih kurang. Memang banyak pengalaman kalau nak cte ni! Kengkadang aku ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu dengan menggunakan surgical mask. Kengkadang pakai purdah tutup satu muka. Aku beli purdah. Memang ada manfaatnya! Mata aku pedih akibat habuk construction dan akibat aircond berlebihan di dalam masjid. Jadi, dengan menggunakan purdah, kuranglah pedihnya. Kuranglah merahnya mata aku. Selepas umrah yang kedua (tak silap), tyme sa'ie, aku terasa 2 ketumbit di mata kananku. Seusai sa'ie dan bercukur, aku beli ubat mata untuk ketumbit di farmasi Nahdi tak silap. Dengan ubat dan doa, alhamdulillah ketumbit aku hilang. 1 ketumbit hilang. 1 lagi masih beradu di mata aku ni tapi dah mengecik lah. Alhamdulillah. Tyme di Makkah, kami ke banyak tempat termasuk Jabal Rahmah, Masjid Hudaibiyah. Di Jeddah sebelum ke Jeddah Airport, sebelum pulang ke tanah air, kami singgah di Laut Merah, setentang dengan Masjid Terapung sambil menikmat bakso.

Malam yang kami sampai Makkah tu, kami mengerjakan umrah kami yang pertama. Malam tu malam Jumaat. Sangat pack tyme tawaf. Kami segroup berapat-rapat badan sebab tak nak berpisah. Tapi ayah dan Capit hilang seketika. Mereka buat Sa'ie on their own. Tup tup lepas Sa'ie, jumpa Capit kat tempat kasut. Abang aku kesakitan kaki seusai sa'ie. Kesian sangat. Alhamdulillah, dia dapat buat Sa'ie yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dengan izin-Nya.




Aku buat beberapa umrah. 3 rasanya. Alhamdulillah syukur sangat. Walaupun pedih mata dan selesema sehari, syukur sangat sebab dapat menunaikan umrah walaupun untuk beberapa kali. Tawaf sunat aku buat dua kali alhamdulillah. First dengan angah. Second dengan siblings and ketua agensi. Mereka dengan senang hati membawa kami tawaf sunat bersama dan membawa kami pergi masuk ke dalam Hijr Ismail dan solat sunat di dalamnya. Selepas solat, kami merapatkan diri kami dengan Kaaba, menyentuhnya, berdoa tidak henti-henti dan menciumnya. Alhamdulillah syukur sangat! Oh ye, kami dapat menikmati keindahan bulan penuh dikala Nisfu Syaaban seraya membaca Yassin. Alhamdulillah. Pada hari terakhir, 28 Jun 2013 bersamaan hari Jumaat. Kami mengerjakan tawaf Wida' dan membaca doa tawaf Wida'. Ramai yang menitiskan air mata seusai membaca doa tawaf Wida'. Ya Allah, aku berhasrat untuk pergi ke Baitullah lagi kelak. Amiiin.