Wednesday, January 1, 2020

In the beningging of 2020

Salam, guys. Lama dah aku tak tulis kat blog ni. Dah berhabuk!

Anyways, last post aku ialah pasal aku buat rayuan UPU. So, cuba teka di mana saya sekarang? Jeng jeng jeng, yes! Betul! Universiti lah. Hehehe. Uni mana? Ada lah. Hahaha. Dah nak habis semester 1 dah, baru aku nak cerita. Hahaha. OK, baik. Aku tinggal 2 papers je lagi, inshaAllah. Lepastu habislah semester 1. Weh, jap. Aku lapar. Hahaha. Nak tulis pun macam tak bersemangat sangat. Hahaha tapi nak cerita jugaklah. Alang-alang, aku depan laptop. So, alhamdulillah semester 1 berjalan dengan baik. Ada ups and downs. Ada banyak downs. Tapi, itulah hidup. Syukur seadanya anyhow. 

Aku nak cerita banyak-banyak dari A-Z pun aku malas. Hahaha. Aku move on cakap pasal sekarang je lah, sebab yang dah lepas tu, kita lepaskan je lah. Hahaha. Weh, aku dah 25, weh. I expect good things to come at this age. Amin. At least dapat boyfriend pun OK lah. Hahahaha. Serious talk. Haha. Kalau ada, adalah. Kalau takde pun takpe. Tapi, kalau boleh, ada lah. Aku dah bosan kepishangan single. Hohoho. 

Semalam aku tengok movie Silence of the Lambs (1991), a psychological thriller. Best do! Malam sebelumnya, aku tengok Joker (2019), best jugak! Sebenarnya, aku malas nak baca buku. So, aku tengoklah movies tersebut untuk buat aku berfikir sejenak. Ada kena mengena jugaklah dengan papers yang aku bakal duduki pada 6 Januari nanti. So, sedikit-sebanyak, kira macam aku ada study lah jugak. Hahaha. Boleh lah. Mukadimah. Hehehe. Aku pun ada lah tengok video sikit-sikit pasal paper 7 Januari nanti. Moga Allah rajinkan diri aku ni untuk baca buku! Huhuhu.

Weh, aku tak tau do nak cerita apa. Keadaan agak tenang sekarang, tapi tak sangat. Selagi ada hutang (paper exam), selagi tu lah hati tak tenang. Tak sabar nak habis exam. Aku actually ada banyak cerita nak story, tapi aku malas type. 


Jadi itu je lah buat masa ini. Selamat 2020!

No comments:

Post a Comment